Ahad, 10 April 2016

JENIS-JENIS GINCU

GINCU/LIPSTIK
Gincu atau lipstik antara alat makeup yang wajib dimiliki oleh semua yang bergelar wanita. Bagi wanita yang tidak suka makeup, sekurang-kurangnya mereka perlu mengenakan gincu atau lipstik apabila keluar rumah. Ini supaya wajah anda tidak nampak pucat dan kurang bermaya.
Pemakaian gincu dapat menjadikan bibir berkilat, menarik secara semulajadi serta dapat memberi perlindungan pada bibir. Pemakaian warna gincu atau lipstik, sebenarnya bergantung kepada anda yang memakai. Ada wanita gemar memakai gincu mengikut warna bibir, terang, lembut dan ada juga wanita yang gemar mengenakan warna nude (pucat) dan sebagainya. Ada pula wanita yang hanya suka menggunakan pelembab bibir untuk mengelakkan bibir daripada kering. Terdapat pelbagai jenis gincu dipasaran. 

Nak belajar pakai lipstick? Jom tekan sini!!!



JENIS-JENIS GINCU/LIPSTIK
LIQUID
Jenis cair, pekat dan ada yang berkilau serta disertakan bersama berus dengan tujuan memudahkan pemakaian. Kebiasaanya berbentuk panjang. Boleh membuatkan bibir si pemakai nampak berkilat dan seksi.

 
STICK
Menjadi pilihan kebanyakkan wanita kerana harganya mampu milik dan kualitinya yang terbaik. Jenis ini biasanya tidak berkilat dan berstruktur agak lembap. Untuk tahan lebih lama di bibir, tekapkan tisu pada bibir selepas sapuan pertama kemudian sapukan semula gincu jenis ini ke bibir.




PASTA
Berbentuk gel padat dan diletakkan dalam bentuk tiub (tube). Biasanya mengambil masa untuk mengeringkan, selepas gel telah kering baru boleh dikupas. Pasta boleh membuang sel kulit mati.








KERING / MATTE
Lipstik yang telah populer pada awal 1900-an. Gincu jenis ini mengandungi sedikit pelembap dan bibir akan sentiasa nampak kering dan halus. Tidak sesuai bagi yang memiliki bibir kering kerana mampu membuatkan bibir anda retak dan pecah.
 




FROSTY
Strukturnya halus sehingga menimbulkan kesan yang berkilau dan akan menampakkan bibir kelihatan lebih tebal.


 LONG LASTING
Mengandungi minyak silikon, menjadikan warna gincu begitu melekat di bibir dan mampu bertahan lama. Lipstik jenis long lasting mempunyai tingkat ketahanan yang berbeza. Kita perlu mengoleskan lipstik kembali setiap dua hingga tiga jam sekali atau ketika memakan sesuatu. Lipstik ini juga mengandungi pelembab sehingga tidak mengeringkan bibir.


 LIP CARE / LIP VITAMIN

Merupakan lip treatment yang mengandungi bahan campuran antara pewarna bibir & vitamin untuk bibir. Berstruktur lembut, mengandungi pelembap dan mempunyai efek kilauan yang sederhana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan