JENIS BLUSHER
Selain bedak dan
foundation, blusher juga mempunyai pelbagai jenis. Ramai wanita tidak mengetahui akan hal ini. Blusher
disediakan untuk wanita yang mempunyai kulit berminyak, sensitive, kering dan
sebagainya. Pengunaan blusher bertujuan untuk menaikan tulang pipi disamping
mencantikkan lagi wajah. Blusher juga boleh diibaratkan sebagai penyeri wajah.
Tetapi
tidak semua wanita gemar memakai blusher kerana ada wanita yang tidak pandai
menyapu blusher pada pipi. Untuk menyapu blusher, perlu ada teknik yang
tertentu. Jika tidak pipi anda akan nampak merah seperti lepas baru ditampar.
Untuk membeli blusher, anda perlu tahu dahulu jenis-jenis blusher. Pembelian
blusher yang salah boleh merosakkan kulit dan boleh membazirkan wang kerana
harga blusher agak mahal.
Tutorial pakai blusher. Cantik sangat-sangat uall... (Tekan sini kalau nak tengok)
Tutorial pakai blusher. Cantik sangat-sangat uall... (Tekan sini kalau nak tengok)
COMPACT
BLUSHER
Merupakan blusher yang utama
perlu diketahui oleh semua wanita. Compact blusher sesuai untuk semua jenis
kulit lagi-lagi untuk kulit berminyak. Pemakaian blusher perlulah bersama berus
yang disediakan supaya nampak kemas. Ada sesetengah blusher disediakan dalam
bentuk single, dan ada jual yang disediakan dalam bentuk palette (satu bekas
ada banyak-banyak warna. Jenis palette lagi jimat.
Single blusher
Tapi tidak semua blusher
sesuai dipakai bila korang buat sesuatu aktiviti. Contohnya, bila melakukan
aktiviti sukan. Blusher sangat tidak sesuai digunakan.
Contoh- Compact Blusher-Minerals Blusher – Harga RM 45++
POWDER/ LOOSE BLUSHER
Blusher jenis ini bertekstur seperti bedak tabur. Fungsinya
sama seperti blusher dipasaran Cuma teksturnya berdebu. Loose blusher paling
sesuai untuk kulit berminyak. Kelemahan blusher ini ialah bila jatuh habis
berterabur lah debunya.
CREAM/MOUSSE BLUSHER
Cream dengan mousse ni dekat-dekat sahaja fungsinya cuma
tekstur mousse agak padat daripada cream. Kedua-duanya sesuai untuk kulit
kering. Cream blusher tidak sesuai untuk kulit berminyak tetapi sesuai dengan
mousse. Bila disapu pada pipi, blusher akan menjadi lebih kurang bedak kerana
cepat kering.
LIQUID BLUSHER
Blusher ini jenis cecair.
Terdapat pelbagai tona warna. Antaranya soft pink, dart pink, red peach, lighat
brown dan lain-lain. Blusher jenis liquid perlu disapu sedikit sahaja, tidak
perlu banyak-banyak. Boleh disapu dengan tangan mahupun berus. Jika menggunakan
tangan, pastikan tangan bersih terlebih dahulu. Sesuai untuk kulit kering. Bagi
yang kulit berminyak juga, tiada masalah kalau ingin mencuba. Yang penting
setiap wanita perlulah pandai memilih warna blusher yang sesuai dengan kulit.
TINT BLUSHER
Tint blusher biasanya 2
ini 1 iaitu boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan pemerah bibir. Sangat
menjimatkan. Hanya perlu sapu sedikit sahaja untuk mendapatkan warna natural.
Antara kelemahan tint blusher ialah, jika jatuh semua isi di dalamnya akan
tumpah kerana ia berbentuk liquid. Tint blusher ini merupakan kegemaran warga
Korea untuk mendapatkan pipi yang merah.
BROZER
BLUSHER
Inilah rahsia untuk
mendapatkan pipi yang berbentuk. Blusher ini menggabungkan dua warna iaitu warna
coklat dan pink. Untuk menaikkan tulang pipi, mula-mula kita mestilah kena
countour dulu, kemudian baru guna bronze (layangkan bronzer pada pipi). Jangan
sapu terlalu tebal, kecuali jika anda makeup tebal.
JENIS-JENIS
KULIT
KULIT PUTIH- Blusher yang sesuai ialah warna pink soft,
brown pink dan dark pink.
KULIT KUNING LANGSAT- Warna blusher yang paling sesuai juga warna
pink. Tapi lebih kepada peach colour, baby pink, brown orange and chocolate
mocha.
KULIT SAWO MATANG- Blusher yang sesuai ialah bronze, red plum,
dark orange and soft brown
HITAM MANIS- Peach colour, apricot plum, coral and deep
orange
Tiada ulasan:
Catat Ulasan