Ahad, 10 April 2016

JENIS-JENIS GINCU

GINCU/LIPSTIK
Gincu atau lipstik antara alat makeup yang wajib dimiliki oleh semua yang bergelar wanita. Bagi wanita yang tidak suka makeup, sekurang-kurangnya mereka perlu mengenakan gincu atau lipstik apabila keluar rumah. Ini supaya wajah anda tidak nampak pucat dan kurang bermaya.
Pemakaian gincu dapat menjadikan bibir berkilat, menarik secara semulajadi serta dapat memberi perlindungan pada bibir. Pemakaian warna gincu atau lipstik, sebenarnya bergantung kepada anda yang memakai. Ada wanita gemar memakai gincu mengikut warna bibir, terang, lembut dan ada juga wanita yang gemar mengenakan warna nude (pucat) dan sebagainya. Ada pula wanita yang hanya suka menggunakan pelembab bibir untuk mengelakkan bibir daripada kering. Terdapat pelbagai jenis gincu dipasaran. 

Nak belajar pakai lipstick? Jom tekan sini!!!



JENIS-JENIS GINCU/LIPSTIK
LIQUID
Jenis cair, pekat dan ada yang berkilau serta disertakan bersama berus dengan tujuan memudahkan pemakaian. Kebiasaanya berbentuk panjang. Boleh membuatkan bibir si pemakai nampak berkilat dan seksi.

 
STICK
Menjadi pilihan kebanyakkan wanita kerana harganya mampu milik dan kualitinya yang terbaik. Jenis ini biasanya tidak berkilat dan berstruktur agak lembap. Untuk tahan lebih lama di bibir, tekapkan tisu pada bibir selepas sapuan pertama kemudian sapukan semula gincu jenis ini ke bibir.




PASTA
Berbentuk gel padat dan diletakkan dalam bentuk tiub (tube). Biasanya mengambil masa untuk mengeringkan, selepas gel telah kering baru boleh dikupas. Pasta boleh membuang sel kulit mati.








KERING / MATTE
Lipstik yang telah populer pada awal 1900-an. Gincu jenis ini mengandungi sedikit pelembap dan bibir akan sentiasa nampak kering dan halus. Tidak sesuai bagi yang memiliki bibir kering kerana mampu membuatkan bibir anda retak dan pecah.
 




FROSTY
Strukturnya halus sehingga menimbulkan kesan yang berkilau dan akan menampakkan bibir kelihatan lebih tebal.


 LONG LASTING
Mengandungi minyak silikon, menjadikan warna gincu begitu melekat di bibir dan mampu bertahan lama. Lipstik jenis long lasting mempunyai tingkat ketahanan yang berbeza. Kita perlu mengoleskan lipstik kembali setiap dua hingga tiga jam sekali atau ketika memakan sesuatu. Lipstik ini juga mengandungi pelembab sehingga tidak mengeringkan bibir.


 LIP CARE / LIP VITAMIN

Merupakan lip treatment yang mengandungi bahan campuran antara pewarna bibir & vitamin untuk bibir. Berstruktur lembut, mengandungi pelembap dan mempunyai efek kilauan yang sederhana.

JENIS-JENIS FOUNDATION

Foundation mula menjadi kegemaran setiap wanita, kerana cara penggunaannya yang senang.  Pengunaan foundation mampu memberi kesan terbaik kepada si pemakai. Ada foundation dibahagikan kepada beberapa ton warna antaranya light, natural, dark dan sebagainya untuk memudahkan wanita memilih foundation yang sesuai. Antara fungsi foundation adalah menyamarkan ketidaksempurnaan pada wajah, seperti bekas jerawat, kerutan halus, atau warna kulit tidak merata. Dengan mengaplikasikan foundation, kulit akan tampak lebih halus dan mulus dalam waktu singkat.
 Kebanyakkan foundation dipasaran mempunyai SPF untuk membantu wanita daripada sinaran matahari. Untuk mendapatkan hasil terbaik, anda harus mencari foundation yang sesuai dengan jenis kulit.
Sebelum membeli foundation, anda harus tahu foundation yang sesuai dengan kulit anda. Mari kita kenal dulu jenis-jenis foundation berdasarkan tekstur dan jenis kulit.


SHEER FOUNDATION
Foundation jenis ini biasanya mengandung silikon supaya mudah untuk diaplikasikan, dan supaya tidak  terlihat berminyak. Berbentuk cecair dan ringan apabila diapalikasi pada wajah. Sheer foundation ini biasanya lebih mahal daripada kebanyakkan foundation yang ada dipasaran. Sesuai untuk wanita kulit kering.


NARS FOUNDATION- RM 190++

Oil-based foundation
Foundation ini tepat digunakan bagi anda yang memiliki kulit kering, normal dan matang kerana berasaskan minyak sebagai asas. Sebelum menggunakan, goncang terlebih dahulu supaya semua formulanya larut dengan sempurna. Foundation ini lebih murah berbanding Sheer foundation. Pengunaan foundation ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi kering.


OIL BASE LIQUID FOUNDATION- RM 45++
Matte foundation
Sangat sesuai untuk kulit berminyak karena tidak mengandung minyak. Namun harus diingatkan, matte foundation juga cepat kering. Oleh karena itu jangan pernah mengaplikasikan foundation jenis ini terlalu tebal. Matte foundation mudah dipakai kerana sktukur yang ringan dan juga bebas minyak. Foundation jenis ini juga dapat memberi kelembapan pada kulit.
Berfungi  menyerap minyak dan mengawal kilatan. Ia juga mengandungi mineral halus yang bertindak seperti span, menyerap minyak sehingga kulit terlihat lembut tanpa rasa solekan berat. Disemai dengan vitamin E dan campuran yang dicampurkan dengan kolagen  untuk kulit supaya kelihatan lebih tegang, muda dan sihat.


Mary Kay Foundation 29 ml – Harga RM47++

LIQUID FOUNDATION
Liquid foundation terdiri dua jenis iaitu berbahan air, dan berasaskan minyak. Foundation berbahan air sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif. Sementara yang berbahan minyak sesuai untuk kulit kering atau yang mengalami kekeringan.
Dirumuskan dengan campuran antioksidan yang eksklusif termasuk Vitamin A, C, E dan Ekstrak Teh Hijau, turut membekalkan nutrien yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat.


Protective Liquid Foundation-  Harga RM 140++




CREAM FOUNDATION
Foundation ini memiliki tekstur yang lembut seperti krim dan mengandung banyak pelembab. Sangat sesuai untuk anda yang memiliki kerutan-kerutan halus kerana tekstur krimnya mudah merata dan mampu menutup kedutan. Cream foundation digunakan untuk kulit kering dan normal kerana membuat wajah lebih lembab. Cream foundation tidak akan menyumbatkn liang pori malah akan membebaskan minyak dan sangat sesuai untuk yang berkulit sensitif.

MAX FACTOR Miracle Touch Liquid– Harga RM 63++


COMPACT FOUNDATION

Gabungan antara bedak tabur dan foundation yang dipanggil compact foundation. Foundation ini menjadi pilihan kebanyakkan wanita di Malaysia kerana cara pengaplikasiannya yang  mudah dan cepat. Compact foundation juga mudah dibawa ke mana-mana. Biasanya compact foundation digunakan oleh mereka yang berusia 18 tahun- 40 tahun. Penggunaanya cukup dengan gunakan spons, lalu ratakan ke seluruh wajah, seperti menggunakan bedak.

ILY-  Pro Longwear Compact Foundation – Harga 91++
Stick
Stick foundation berbentuk seakan-akan gincu kerana foundation ini padat. Sesuai untuk kulit kering dan normal. Stick foundation dapat juga digunakan sebagai penutup noda hitam pada wajah dan flek bekas jerawat.


Stick foundation Maybelline RM 32++

JENIS-JENIS BLUSHER

JENIS BLUSHER
Selain bedak dan foundation, blusher juga mempunyai pelbagai jenis. Ramai wanita  tidak mengetahui akan hal ini. Blusher disediakan untuk wanita yang mempunyai kulit berminyak, sensitive, kering dan sebagainya. Pengunaan blusher bertujuan untuk menaikan tulang pipi disamping mencantikkan lagi wajah. Blusher juga boleh diibaratkan sebagai penyeri wajah.
Tetapi tidak semua wanita gemar memakai blusher kerana ada wanita yang tidak pandai menyapu blusher pada pipi. Untuk menyapu blusher, perlu ada teknik yang tertentu. Jika tidak pipi anda akan nampak merah seperti lepas baru ditampar. Untuk membeli blusher, anda perlu tahu dahulu jenis-jenis blusher. Pembelian blusher yang salah boleh merosakkan kulit dan boleh membazirkan wang kerana harga blusher agak mahal.

Tutorial pakai blusher. Cantik sangat-sangat uall... (Tekan sini kalau nak tengok)




COMPACT BLUSHER
Merupakan blusher yang utama perlu diketahui oleh semua wanita. Compact blusher sesuai untuk semua jenis kulit lagi-lagi untuk kulit berminyak. Pemakaian blusher perlulah bersama berus yang disediakan supaya nampak kemas. Ada sesetengah blusher disediakan dalam bentuk single, dan ada jual yang disediakan dalam bentuk palette (satu bekas ada banyak-banyak warna. Jenis palette lagi jimat.


Blusher dalam bentuk palette

Single blusher
Tapi tidak semua blusher sesuai dipakai bila korang buat sesuatu aktiviti. Contohnya, bila melakukan aktiviti sukan. Blusher sangat tidak sesuai digunakan.

Contoh- Compact Blusher-Minerals Blusher – Harga RM 45++

POWDER/ LOOSE BLUSHER
Blusher jenis ini bertekstur seperti bedak tabur. Fungsinya sama seperti blusher dipasaran Cuma teksturnya berdebu. Loose blusher paling sesuai untuk kulit berminyak. Kelemahan blusher ini ialah bila jatuh habis berterabur lah debunya.

CREAM/MOUSSE BLUSHER
Cream dengan mousse ni dekat-dekat sahaja fungsinya cuma tekstur mousse agak padat daripada cream. Kedua-duanya sesuai untuk kulit kering. Cream blusher tidak sesuai untuk kulit berminyak tetapi sesuai dengan mousse. Bila disapu pada pipi, blusher akan menjadi lebih kurang bedak kerana cepat kering.


LIQUID BLUSHER
Blusher ini jenis cecair. Terdapat pelbagai tona warna. Antaranya soft pink, dart pink, red peach, lighat brown dan lain-lain. Blusher jenis liquid perlu disapu sedikit sahaja, tidak perlu banyak-banyak. Boleh disapu dengan tangan mahupun berus. Jika menggunakan tangan, pastikan tangan bersih terlebih dahulu. Sesuai untuk kulit kering. Bagi yang kulit berminyak juga, tiada masalah kalau ingin mencuba. Yang penting setiap wanita perlulah pandai memilih warna blusher yang sesuai dengan kulit.

TINT BLUSHER
Tint blusher biasanya 2 ini 1 iaitu boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan pemerah bibir. Sangat menjimatkan. Hanya perlu sapu sedikit sahaja untuk mendapatkan warna natural. Antara kelemahan tint blusher ialah, jika jatuh semua isi di dalamnya akan tumpah kerana ia berbentuk liquid. Tint blusher ini merupakan kegemaran warga Korea untuk mendapatkan pipi yang merah.

BROZER BLUSHER
Inilah rahsia untuk mendapatkan pipi yang berbentuk. Blusher ini menggabungkan dua warna iaitu warna coklat dan pink. Untuk menaikkan tulang pipi, mula-mula kita mestilah kena countour dulu, kemudian baru guna bronze (layangkan bronzer pada pipi). Jangan sapu terlalu tebal, kecuali jika anda makeup tebal.

JENIS-JENIS KULIT
KULIT PUTIH- Blusher yang sesuai ialah warna pink soft, brown pink dan dark pink.
KULIT KUNING LANGSAT- Warna blusher yang paling sesuai juga warna pink. Tapi lebih kepada peach colour, baby pink, brown orange and chocolate mocha.
KULIT SAWO MATANG- Blusher yang sesuai ialah bronze, red plum, dark orange and soft brown

HITAM MANIS- Peach colour, apricot plum, coral and deep orange

JENIS-JENIS BEDAK

Dengan cuaca panas sekarang nim, of courselah kulit kita memerlukan penjagaan yang rapi saat kaki melangkah sahaja keluar dari rumah. Terutamanya kulit wajah harus dijaga rapi agar tidak mendatangkan pelbagai masalah seperti selaran dan jeragat akibat terdedah terlalu lama pada cahaya matahari. So, apa kata kalau kita semak jenis-jenis bedak yang sesuai untuk kulit wajah kita , agar ia dapat melindungi kulit wajah kita dari pancaran matahari.

Cara pakai bedak. Clik SINI!!!!!

*    BEDAK TABUR
Bedak ini dipakai setelah memakai alas bedak terlebih dahulu. 
Kelebihan bedak ini terletak pada teksturnya yang menyatu di kulit dengan mudah dan mencerahkan wajah namun tetap terlihat natural
. Bedak jenis ini sesuai digunakan untuk kulit jenis berminyak.



*      COMPACT POWDER
Bedak padat mengandungi lebih banyak minyak sehingga dapat melekat dengan sempurna pada permukaan wajah Anda. Bedak jenis ini tidak disarankan untuk kulit berjerawat atau kulit sensitive. Bedak ini lebih dikhususkan untuk kulit kering.



*      BEDAK CAIR
Mampu melembapkan kulit, menyempurnakan wajah kerana sangat mudah menyerap. Kini boleh dijumpai dalam bentuk tinted moisturizer.



*      TWO WAY CAKE
Bedak yang berbentuk padat dan mengandungi foundation ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Dapat berfungsi sebagai alas bedak. Kekurangannya adalah bedak ini memiliki pilihan warna yang sangat terbatas dan tidak mampu menutupi noda hitam di wajah dengan sempurna.



*      BEDAK METEORIT
Bedak berbentuk seperti mutiara dan berwarna-warni ini untuk memberi sentuhan akhir berupa kesan glowing yang menjadikan wajah sentiasa bercahaya. 



*      BEDAK MINERAL
Tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya, bedak ini sesuai digunakan untuk kulit sensitif. melekap cukup lama pada kulit wajah dan
hasilnya sangat cantik.



*      SHIMMERING POWDER
Terdapat dalam bentuk tabur dan padat. Unsur shimmery dalam bedak ini menghasilkan wajah yang nampak berseri-seri dan dapat dimanfaatkan sebagai highlighter untuk menonjolkan beberapa area seperti tulang pipi, hidung, hingga dagu.





Hah macam mana, dah tengok jenis-jenis bedak kat atas??? Tapi pastikan hanya beli bedak yang sesuai dengan kulit ok, nanti tak adalah membazir duit dan tak adalah rungutan “ala, membazir aje duit aku beli bedak ni tak sesuai dengan kulit aku la”. Banyak jugak sebab kenapa aku suruh korang tengok bedak yang sesuai salah satu sebab ialah aku tak nak korang merungut macam contoh kat atas tadi dan satu lagi, bila pakai bedak yang tak sesuai ni dah confirm-confirm korang akan rasa tak selesa tahap gaban kan dah la kena touch up banyak kali plus tengok cermin sampai tahap retak cermin tu. Hehehe. Over sudah aku. So sebelum beli apa-apa buat list yang sesuai dengan diri sendiri dulu ok.

JENIS-JENIS BERUS MAKE-UP

Semua orang sedia maklum kan, jurusolek professional memang kena pakai set berus solekan lengkap kan… opsss!!! Bukan memang tapi wajib ok. Tapi untuk korang yang bukan artis pun boleh nak pakai. Berus make up ni banyak kepentingannya ok, terutamanya untuk sempurnakan solekan korang tu. Selain tu, kalau korang ada set berus make up ni jugak korang boleh tampil cantik dan lebih berseri tauuu. Sebab berus makeup ni kan boleh menyempurnakan solekan korang.

Ok, cakap panjang-panjang pun tak best so apa kata kita tengok check list berus makeup kat bawah ni.

TEKAN SINI!!!!! Kita belajar kenali brush makeup. Rugi tak tengok


BERUS FOUNDATION
Berus jenis ini biasanya digunakan untuk membedakkan muka anda dikeseluruhan muka. Berusnya yang rata memberikan kemudahan untuk meratakan bedak. Terdapat dua jenis berus dalam kategori ini, satu berus runcing dan lagi satu berus yang membulat.
Berus Runcing - sangat sesuai untuk memadukan foundation berbentuk krim
Berus membulat sesuai untuk foundation jenis serbuk.




BERUS STIPPLING
Dikenali juga sebagai duo-fibre, ia lazimnya digunakan untuk foundation berbentuk cecair. Bentuknya yang leper memberi efek seperti 'airbrushed'.




BERUS CONCEALER
Berus ini sebenarnya adalah versi lain yang bertujuan untuk memberi penutupan penuh pada rona merah pada muka dan menyamai warna pada kulit wajah. Berus ini boleh digunakan untuk memakai pembayang mata.




BERUS BLUSH
Secara amnya, berus blush ini adalah berbentuk bulat, gebu dan penuh. Bentuknya ini memudahkan untuk mengambil warna dan meyebarkan warna pada wajah dengan cantik. Berus jenis ini juga boleh digunakan untuk bedar, bronzer dan juga highlighter.




BERUS CONTOUR
Berus yang menyerong membenarkan ia mencapai dimensi lain pada raut wajah anda. ia juga mampu mencapai sehingga ke tulang muka anda.



BERUS EYESHADOW
Berus ini penting untuk mewarnai mata anda. Bulu berus yang kecil,runcing dapat mewarnai soket mata dan ia juga mampu untuk menyelahkan tulang pipi anda.




BERUS KENING

Bulu berus yang keras dan tidak rata, dapat membantu untuk membentuk garisan apabila anda mewarnai kening anda.



JENIS-JENIS EYESHADOW

Eye shadow merupakan salah satu unsur terpenting dalam pemakaian makeup. Penggunaannya dapat membuatkan mata nampak cantik, menarik dan besar. Tambah menarik, eye shadow mempunyai pelbagai pilihan warna cantik yang dapat dipilih untuk disesuaikan dengan warna pakaian atau majlis.

Selain mempercantik mata, dengan menggunakan eye shadow kelopak mata dapat dibentuk sesuai keinginan. Selain itu juga eye shadow dapat menutupi kekurangan dari mata seperti mata yang kusam. Eye shadow mempunyai pelbagai jenis yang boleh dipilih.

Jom tengok cara pakai eyeshadow. TEKAN SINI !!!

EYE SHADOW SERBUK
Dikenali juga sebagai eye shadow pigmen. Eye shadow jenis ini berbentuk serbuk halus, sangat mudah dibaurkan dan mudah untuk menyempurnakan warna pada kelopak mata dan tahan lama. Cukup mudah digunakan iaitu dengan oles dengan jari pada kelopak mata dan tekan-tekan perlahan.




EYE SHADOW PADAT
Berasal dari jenis serbuk yang dipadatkan (pressed powder), tersedia dalam formula matte dan shimmer. Eye shadow jenis ini paling banyak diminati karena mudah digunakan dan memiliki pelbagai warna. Sangat sesuai untuk kulit jenis berminyak. Caranya pemakaiannya, sapukan eye shadow padat menggunakan berus. Kemudian, aplikasikan pada bagian kelopak mata yang berminyak agar kesannya tidak pecah atau menggumpal.



EYE SHADOW CREAM
Eye shadow cream adalah eye shadow cair yang dikemas dalam sebuah tube. Teksturnya lembut dan lembab, sangat sesuai untuk kulit kering. Eye shadow cream dapat menghasilkan warna-warna lembut dan tidak menggumpal. Penggunaannya juga mudah, kerana biasanya hanya digunakan dalam 1-2 campuran warna. Sebelum menggunakan eye shadow cream, sapukan foundation secara nipis pada kelopak mata agar tidak terlalu nampak berminyak. Ambil sedikit eye shadow cream menggunakan jari tangan. Kemudian gosokkan pada kelopak mata sambil tekan dengan jari sampai separuh kering. Sisa eye shadow cream yang ada di jari dibaurkan ke arah atas. Setelah kering, sebaiknya gunakan eye shadow padat agar warnanya lebih sekata.




EYE SHADOW PENSIL

Mempunyai efek shimmery. Eye shadow ini biasanya hanya dipakai pada lipatan mata (seperti penggunaan eyeliner).  Boleh disapu penuh pada lipatan mata atau hanya segaris di atas garis bulu mata.