GINCU/LIPSTIK
Gincu atau
lipstik antara alat makeup yang wajib dimiliki oleh semua yang bergelar wanita.
Bagi wanita yang tidak suka makeup, sekurang-kurangnya mereka perlu
mengenakan gincu atau lipstik apabila keluar rumah. Ini supaya wajah anda tidak
nampak pucat dan kurang bermaya.
Pemakaian gincu
dapat menjadikan bibir berkilat, menarik secara semulajadi serta dapat memberi
perlindungan pada bibir. Pemakaian warna gincu atau lipstik, sebenarnya
bergantung kepada anda yang memakai. Ada wanita gemar memakai gincu mengikut
warna bibir, terang, lembut dan ada juga wanita yang gemar mengenakan warna
nude (pucat) dan sebagainya. Ada pula wanita yang hanya suka menggunakan
pelembab bibir untuk mengelakkan bibir daripada kering. Terdapat pelbagai jenis
gincu dipasaran.
JENIS-JENIS
GINCU/LIPSTIK
LIQUID
Jenis cair, pekat dan ada yang
berkilau serta disertakan bersama berus dengan tujuan memudahkan pemakaian. Kebiasaanya
berbentuk panjang. Boleh membuatkan bibir si
pemakai nampak berkilat dan seksi.
STICK
Menjadi pilihan kebanyakkan wanita kerana harganya mampu
milik dan kualitinya yang terbaik. Jenis ini biasanya tidak berkilat dan
berstruktur agak lembap. Untuk tahan lebih lama di bibir, tekapkan tisu pada
bibir selepas sapuan pertama kemudian sapukan semula gincu jenis ini ke bibir.
PASTA
Berbentuk gel padat dan diletakkan dalam bentuk tiub
(tube). Biasanya mengambil masa untuk mengeringkan, selepas gel telah kering
baru boleh dikupas. Pasta boleh membuang sel kulit mati.
KERING / MATTE
Lipstik yang telah populer pada awal
1900-an. Gincu jenis ini mengandungi sedikit
pelembap dan bibir akan sentiasa nampak kering dan halus. Tidak sesuai bagi
yang memiliki bibir kering kerana mampu membuatkan bibir anda retak dan pecah.
FROSTY
Strukturnya halus sehingga menimbulkan kesan yang
berkilau dan akan menampakkan bibir kelihatan lebih tebal.
LONG LASTING
Mengandungi minyak silikon, menjadikan warna gincu begitu
melekat di bibir dan mampu bertahan lama. Lipstik jenis long lasting mempunyai tingkat ketahanan yang
berbeza. Kita perlu mengoleskan lipstik kembali setiap dua hingga tiga jam
sekali atau ketika memakan sesuatu. Lipstik ini juga mengandungi pelembab
sehingga tidak mengeringkan bibir.
LIP CARE / LIP VITAMIN
Merupakan lip treatment yang mengandungi bahan campuran
antara pewarna bibir & vitamin untuk bibir. Berstruktur lembut, mengandungi
pelembap dan mempunyai efek kilauan yang sederhana.